Web 2.0 Tools

Web 2.0 Tools ialah satu aplikasi yang boleh dilayari secara kolaborasi dan merupakan satu wadah perkongsian maklumat secara online. Ciri-ciri Web 2.0 boleh diintegrasikan dalam pendidikan melalui pelbagai aktiviti yang merangkumi penghasilan dokumen, membuat penyuntingan, penyebaran maklumat, penilaian, kritikan dan maklumbalas.
Istilah Web 2.0 adalah berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkogsian maklumat, mudah kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di 'World Wide Web'. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya.
Antara contoh Web 2.0 ialah blog, diigo, elluminate, evernote, facebook, flickr, glogster, jng, ning, prezi, skype, youtube dan sebagainya. Melalui web yang pelbagai ini, pelajar dapat berkongsi maklumat, pendapat, memberikan maklum balas dan sebagainya.
antara Web 2.0
Selain itu juga, penggunaan Web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses internet untuk mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi sosial.
guru perlu membimbing pelajar semasa menggunakan Web 2.0
Secara amnya, penggunaan Web 2.0 dapat menjadikan satu pdp itu lebih menarik dan saya pasti murid-murid juga akan berasa seronok dan mempunyai semangat untuk belajar. Satu cara pembelajaran yang interaktif dan menarik!

Untuk penerangan lebih lanjut, boleh klik di sini  http://jitzu.ukm.my/web20/ 

No comments:

Post a Comment