Web 2.0 Tools ialah satu aplikasi yang boleh dilayari secara
kolaborasi dan merupakan satu wadah perkongsian maklumat secara online.
Ciri-ciri Web 2.0 boleh diintegrasikan dalam pendidikan melalui pelbagai
aktiviti yang merangkumi penghasilan dokumen, membuat penyuntingan,
penyebaran maklumat, penilaian, kritikan dan maklumbalas.
Istilah Web 2.0 adalah berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan
perkogsian maklumat, mudah kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna,
dan kerjasama di 'World Wide Web'. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna
untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog
media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam
komuniti maya.
Antara contoh Web 2.0 ialah blog, diigo, elluminate, evernote, facebook,
flickr, glogster, jng, ning, prezi, skype, youtube dan sebagainya.
Melalui web yang pelbagai ini, pelajar dapat berkongsi maklumat,
pendapat, memberikan maklum balas dan sebagainya.
![]() |
antara Web 2.0 |
Selain itu juga, penggunaan Web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan
mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan lagi mutu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi
tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses internet untuk mendapatkan
maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi
sosial.
![]() |
guru perlu membimbing pelajar semasa menggunakan Web 2.0 |
Secara amnya, penggunaan Web 2.0 dapat menjadikan satu pdp itu lebih
menarik dan saya pasti murid-murid juga akan berasa seronok dan
mempunyai semangat untuk belajar. Satu cara pembelajaran yang interaktif
dan menarik!
No comments:
Post a Comment